top of page
AYUH CERIA POST.png

Pengenalan

Setiap manusia pasti berhadapan dengan masalah. Anda juga pasti pernah berhadapan dengan masalah. Namun, kadang-kadang, tidak semua orang menyedari bahawa dirinya bermasalah, atau cuba tidak ambil tahu, atau lari daripada masalah yang dihadapi. Masalah yang tidak ditangani dengan betul akan menimbulkan masalah yang baru dan boleh menyebabkan anda rasa lebih tertekan.

Satu demi satu masalah yang anda hadapi, jika tidak ditangani akan membuatkan anda terus berfikir bagaimana menyelesaikannya. Ini akan membuatkan minda anda tepu dengan masalah sehinggakan anda merasa tertekan dan STRES!. Maka, setiap masalah harus diselesaikan. Bagaimana menyelesaikan masalah? Mari bersama kami; AYUH CERIA ! SELESAI MASALAH. Anda akan dibantu untuk menyelesaikan masalah anda.

Kebaikan menyelesaikan masalah

Masalah akan datang setiap hari kepada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita menangani masalah tersebut. Menyelesaikan masalah dengan cara yang baik memberi banyak kelebihan, di antaranya:

  • Membantu mengurus kehidupan secara teratur

  • Melapangkan fikiran

  • Mengelakkan diri dari mengambil langkah negatif

  • Mengelakkan diri dari mendapat penyakit mental

  • Membawa kepada kesejahteraan hidup

Formula SELESAI

SELESAI FOTO.png

Masalah yang membelenggu menyebab penyakit mental

Pakar psikologi percaya bahawa setiap masalah yang anda hadapi jika tidak ditangani dengan baik akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat penyakit mental. Masalah yang membelenggu minda anda akan menyebabkan anda stres. Stres yang berkumpul di minda akan membelenggu pemikiran anda sehingga anda tidak dapat berfikir dengan baik. Ini akan mempengaruhi tingkah laku anda dan mengubah corak hubungan anda dengan orang lain.

Di peringkat teruk, stres keterlaluan akan menyebabkan anda bertindak melulu di luar batasan minda sihat menjejaskan fungsi seharian dan merosakkan hubungan anda dengan orang lain – anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling anda. Jika ini berlaku anda mungkin telah mengalami Penyakit Mental!.

bottom of page