top of page

E  = Elakkan stres dan lapangkan fikiran

Langkah kedua menyelesaikan masalah adalah dengan memastikan anda memilih waktu yang sesuai untuk mula mencari jalan penyelesaian.

 

Pilih waktu yang sesuai

Emosi yang terganggu akan menyukarkan anda berfikir dengan baik. Ini akan menyebabkan anda tidak akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Contohnya, jika anda cuba membuat keputusan dalam keadaan marah, terlalu sedih atau terlalu teruja, keputusan yang dibuat pada kala emosi terganggu bukanlah keputusan yang baik. Carilah waktu terbaik, bila mana anda merasa tenang. Mungkin anda merasa tenang sebelum tidur di malam hari, atau selepas solat, atau di hujung minggu.

Bayangkan anda di tempat nyaman

Pejamkan mata anda, longgarkan semua ketegangan, longlaikan tubuh anda. Relaks…….Relaks……Relaks…..

Bayangkan diri anda berada di tempat yang menyamankan. Anda sedang berada di tempat paling indah di dunia ini.

Bernafas dengan baik

Bernafas dengan baik boleh meringankan stres. Jika anda masih merasa stres, bernafaslah dengan baik (Sila rujuk rajah di bawah):

  1. Tarik nafas dalam-dalam dengan kiraan 1,2,3,4

  2. Berhenti seketika dengan  kiraan 1,2

  3. Hembus keluar nafas perlahan-lahan dengan kiraan 1,2,3,4,5,6

  4. Berhenti seketika dengan kiraan 1,2

  5. Ulang bernafas seperti i)

 

bottom of page