top of page

A = Analisa baik buruk langkah yang diambil

Terdapat 3 langkah penting untuk anda menganalisa masalah yang anda hadapi:

  1. Fikirkan jalan-jalan penyelesaian

  2. Apakah kebaikan (+) memilih jalan ini

  3. Apakah keburukan (-) memilih jalan ini

 

Jalan-jalan  penyelesaian

Anda perlu berfikir dengan emosi yang tenang untuk cari jalan penyelesaian. Fikirkan pelbagai alternatif untuk mencari jalan penyelesaian. Tuliskan semua kemungkinan penyelesaian yang mungkin. Setiap masalah mungkin ada lebih daripada satu jalan penyelesaian. Tuliskan dengan teratur kesemua jalan penyelesaian yang mungkin.

Bernafaslah dengan baik, jika anda stres atau cemas anda tidak dapat berfikir dengan baik. Mohon bantuan orang yang anda percayai untuk mencari jalan penyelesaian. Kawan, keluarga, ibubapa atau kenalan mungkin boleh membantu.

Analisa baik dan buruk

Seterusnya anda perlu menganalisa jalan-jalan penyelesaian yang anda fikirkan itu. Fikirkan apa kebaikan dan apa pula keburukannya. Anda perlu fikirkan satu-persatu masalah anda baik. Fikirlah semasak-masaknya. Berfikirlah secara rasional.

  • Anda perlu memilih agar keutamaan diberi kepada diri anda terlebih dahulu. Jika anda ceria tanpa masalah, keceriaan terpancar akan menyerikan orang lain.

  • Anda perlu bersifat asertif atau berani menyatakan “tidak” , jika anda di pihak benar. Anda perlu menegakkan hak anda selagi anda tidak mengambil hak orang lain.

  • Anda perlu memilih jalan yang baik, tidak melanggar tatasusila hidup bermasyarakat, tidak mencemar budaya dan tidak melanggar undang-undang.

 

Lihat Jadual 1 sebagai contoh seterusnya.

Jadual 1: Jadual Analisa Masalah
Masalah saya 3.png
bottom of page