top of page

S = Sedar bahawa “ Saya mempunyai masalah”

Cara kita menangani masalah dipengaruhi oleh pengalaman hidup kita sebelum ini; pendedahan kita kepada masalah sebelumnya; cara bagaimana kita dididik oleh ibubapa dan orang sekeliling untuk menjalani kehidupan; dan tahap emosi, pemikiran dan bantuan yang boleh kita perolehi untuk menangani masalah.

 

Tidak menyedari diri bermasalah

Terdapat sesetengah orang yang tidak menyedari (denial state) bahawa dirinya bermasalah. Contohnya, seorang bapa yang terlalu tegas tidak menyedari bahawa sikapnya menyebabkan anak dan keluarga tertekan - sehinggakan anak tidak dapat berkongsi masalah dengan beliau. Terdapat juga ibu yang tidak merasakan dirinya bermasalah walaupun beliau sibuk bekerja tanpa mengambil-tahu hal anak-anak. Tidak kurang juga anak-anak yang asyik keluar berpeleseran tidak menyedari bahawa dirinya bermasalah.

Tiada masalah.png

Sedari bahawa anda bermasalah

Ini adalah langkah pertama untuk menyelesaikan masalah. Anda perlu berlapang dada, berfikiran terbuka dan menyedari bahawa anda mempunyai masalah.

 

Kadang-kadang, orang lain dapat memberi atau telah memberitahu anda bahawa anda bermasalah. Inilah langkah penting dan paling sukar!.

 

Sukar untuk kita menyedari bahawa kita bermasalah. Jangan risau, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

 

Apa masalah anda?

bottom of page